Sunday, September 5, 2010

Mengapa Komik-M Tiada di Kedai Buku?

Sejak Komik-M mula masuk ke dalam pasaran, banyak sekali soalan dan pertanyaan mengenai ketiadaan Komik-M di kedai-kedai buku. Ada banyak sebab mengapa berlakunya situasi seperti itu.

Puan Ainon Mohd., Pengerusi Kumpulan PTS menulis artikel ini di laman web Universiti Terbuka PTS. http://universitipts.com/index.php/site/comments/mengapa_buku_tiada_di_dalam_kedai/

Semoga artikel ini dapat membantu menjelaskan mengapa Komik-M tiada di sesetengah kedai buku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kedai tidak mempamerkan sesebuah buku:

1. Kedai itu bukan agen penerbit yang menerbitkan buku itu.

2. Kedai itu agen, tetapi pemilik kedai tidak tahu buku itu dapat dijual, jadi dia tidak memesan buku itu. Memang kedai tidak memesan semua buku, cuma buku yang dia yakin laku sahaja.

3. Buku itu sudah habis terjual, tetapi kedai belum menghantar pesanan baru.

4. Kedai sudah memesan tetapi buku belum sampai dari penerbit, sebab kedai berada jauh dari gudang penerbit.

5. Kedai sudah lama memesan, buku-buku itu pun sudah lama siap di-pack dalam kotak, menunggu dihantar sahaja, tetapi kedai belum membayar hutang lama, jadi buku-buku itu di-hold oleh penerbit.

6. Akaun kedai itu sudah ditutup oleh penerbit sebab rekod hutang yang buruk.

7. Buku itu belum diulangcetak oleh penerbit.

NOTA: Di sesetengah negeri, ada semacam pola perangai bisnes yang dominan di kalangan pekedai-pekedai bukunya. Didapati majoriti pekedai buku indie di negeri itu tidak dipercayai oleh penerbit sebab mereka tidak mengamalkan disiplin membayar hutang yang baik. Jadi penerbit tidak berani memberi kredit kepada mereka. Kalau mereka mahu buku, mereka dimestikan membayar tunai dahulu. Di negeri seperti itu, buku-buku PTS memang sukar dicari, kecuali dalam rangkaian kedai MPH dan POPULAR.

No comments:

Post a Comment