Tuesday, September 14, 2010

MPH Alamanda 13 Sept 2010

Tempat Tinjauan : MPH Alamanda, Putrajaya
Tarikh : 13 September 2010
Masa : 6.30 pm

1. Kewujudan Komik-M?
Ada.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Baju Raya Dari Syurga
2. Meon #2 : Perang Bola Kampung
3. Dunia Kartun
4. Pendekar Melayu Terakhir
5. Ardh #2
6. Twinx #3

3. Lokasi susunan Komik-M pada rak.
Komik-M tidak diletakkan pada rak yang dikhususkan untuk komik. Ia diletakkan pada rak 'bacaan umum'.
Jarak kedudukan susunan Komik-M agak jauh daripada rak yang dikhususkan untuk komik.

Kepada yang tinggal berdekatan Alamanda Putrajaya, bolehlah berkunjung ke sini bagi mendapatkan Komik-M.

Terima kasih.

1 comment:

  1. Antara masalah yang saya nampak sekarang ialah, judul-judul Komik-M yang lama tidak lagi dijual di kebanyakkan kedai. Lama kelamaan, komik Aviasi Fantasi #1 dan MISI 8A juga akan 'pupus' daripada pasaran komik.

    Dalam kes ini, tiada gunanya pekomik menghasilkan karya yang berkualiti jikalau komik yang dihasilkan itu hanya mampu bertahan di pasaran selama beberapa bulan sahaja.

    Kalau One Piece dijual di Malaysia, pasti perkara sama berlaku. Point saya ialah, sekarang ini jualan tidak berkadar kepada kualiti komik. Ia berkadar kepada promosi dan musim, sesuatu yang di luar kawalan pekomik.

    Haih, kasihan pekomik Malaysia.

    ReplyDelete