Wednesday, September 1, 2010

Pemula Bicara

Assalamualaikum!

Salam sejahtera!

Salam komik!

Selamat datang kami ucapkan ke laman blog Jalan-jalan Cari Komik. Terima kasih atas kunjungan saudara, saudari, tuan, puan, dato, tan sri dan sesiapa sahaja ke sini.

Blog ini diwujudkan bagi membantu insan-insan mencari serta mendapatkan Komik-M di pasaran. (Bagi yang belum mengetahui apa itu Komik-M, boleh dapatkan pencerahan di www.komik-m.com)

Blog ini akan memaparkan kedai-kedai buku yang menjual Komik-M bagi memudahkan pencarian judul-judul Komik-M di pasaran. Blog ini juga membuka ruang kepada sesiapa sahaja berkongsi maklumat mengenai kedai buku berdekatan tempat masing-masing yang ada menjual (ataupun tidak menjual) Komik-M.

Disebabkan stok dan susunan rak di kedai-kedai buku sentiasa berubah, maka setiap entri yang dipaparkan dalam blog ini hanya sah maklumatnya pada tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Semoga dengan wujudnya blog ini, dapat menyebar luaskan lagi pasaran Komik-M di pasaran.

Majulah komik demi agama, bangsa dan negara!

No comments:

Post a Comment